Berhenti.

Aku mungkin bukan ibu kau, kakak kau, adik kau.
Tapi aku kawan kau.

Kau memerhati aku.
Aku tahu.
Kau seorang kawan aku.
Itu yang aku tahu.

Banyak yang nak diperkatakan.
Banyak yang terkandung dalam jiwa,
untuk diluahkan dimuntahkan.
Tak sanggup untuk menyimpan.

Kita berkawan lama sudah.
tapi kita masih tak paham satu sama lain.

Rupanya masing masing tak pernah kenal.

Aku tau kawan kau support kau,
tak perlu bagitau aku.
Aku bukan kawan kau kan.
Aku bukan kawan mati kau kan.

Bercinta separuh nyawa tapi aku yang mati.
Dah terlalu biasa.

Telah aku bagi seluruh jiwa ini.
Aku koyakkan tapi kau jahitkan kembali hati ini.

Namun tak pernah cukup untuk dia.
Aku tau aku tak sempurna,
sebab kau yang dia mahu.
Yang tetap dia mahu dalam hati itu.

Baru aku tahu apa yang dia rasa.
Keperitan membongkar derita.
Perkataan demi perkataan.
Mulai rasa mahu menyakiti.

Aku seperti sudah begitu sakit hati.
Terjadi lagi setiap kali.
Aku tak tahu.

Sampai bila kau mahu main lari lari lagi.
Sampai aku mati?

Mungkin ini semua ada.
Ada hikmahnya.
Aku tahu kau siapa.

Mungkin kata kata aku menyakitkan kau.
Sorry.
Mungkin aku cemburu
Sorry.
Mungkin aku patut doakan kebahagian kau
Sorry.

Banyak yang aku luahkan ini.
Semua yang terkandung dalam hati, jiwa, otak aku.

Aku mungkin takde akal.
Aku mungkin tak selawa kau,
tapi aku ada hati dan perasaan.
Aku tahu kau ada juga.

Berhenti.