Rentak hati.


Terkedu.
Membatu.
Tanpa jawapan walau satu.

Hanya mengikut rentak hati.
Tahu merapu.

Redha.
Terus berjuang.
Jatuh.
Bangun.
Gagal.
Bertahan.

Jangan terlalu melihat belakang,
terus ke depan.
Ke masa hadapan.

Catatan yang tertumpah disini.
Kata kata aku.
Kisah aku.
Mungkin ada yang tak memahami.

Tutup mulut.
Hanya baca.

Melihat ke bawah.
Kalau mahu baca apa yang aku rasa.

Hanya mahu berkata.

Tertanya pada diri.
Tak penat melakukan dosa?
Setiap orang melakukan dosa.
Tiada yang sempurna.

Kelam.
Terus sepi.
Hilang warna pada bibir.
Wajah hilang cahaya.

Menggigit hati.
Bernanah dalam sanubari.
Mesti tiada siapa mengerti.

*pause*

Pelik.
Tapi takpayah pelik sangat lah kan.

Hati mahu berkata.
Tak mahu hati lah.
Jiwa mahu berkata.

Kau tahu tak?
Sekarang aku dah cuba lupakan perasaan itu.
Perasaan lebih dari sayang itu.
Sekarang ia di tahap sebagai kawan sahaja.

Kau tahu tak?
Kau  tidak tahu sebab aku ini perahsia sebenarnya.

Kalau aku kata aku benci lelaki boleh tak?
Maksud aku lelaki.

Bukan babah aku.
Adik adik aku.
Pakcik aku.
Saudara lelaki aku.
Kawan lelaki aku.

Tapi cuma lelaki.
Cukup.

Nanti seorang lelaki pasti akan terasa dengan apa yang aku kata.

Biarkan.
Ini kata kata dari jiwa.
Bukan hati.

Lama sudah.
Kelip kelip malam
tak aku jumpa.
Rindu rasanya nak bagi cahaya setiap malam.

Kau hidup
Lalu mati
Lalu hidup

Kau jaga
Lalu lena
Lalu jaga

Biar mati.