Kanser Perasaan.

Terkejut dengar?

Setiap hari,
doa dan pinta aku pada Tuhan
agar memelihara hati kecil yang rapuh ini
dari jatuh cinta dengan yang bukan jodoh aku

Tapi,

Bila dah kena kanser perasaan,
memang susah nak disembuhkan
lebih rela digelar heartless.

Kemain omputeh.

Tetiba rasa ada lebah menyengat limpa
Ada semut api menggigit dada.

Bila kita jauh
macam berpisah

Aku selalu tulis,
supaya dapat lepaskan beban dalam dada
supaya dapat melepaskan apa yang dirasa

Supaya suatu hari nanti,
bila aku hilang ingatan
mungkin semua ini boleh jadi pengubat ingatan.

Kita tak tahu apa yang bakal berlaku.
Takdir dah ditulis sejak dari kita lahir lagi.

*diam*

Untuk apa sahaja, luahkan dekat aku
Aku sudah jauh.

Aku minta kalian rindu. Eh, rasa macam retis pula kali ini.