Kosong.


Sepuluh,
daripada sepuluh orang bersama aku.
Seorang demi seorang pergi.

Sembilan,
aku terus hitung mereka yang pergi.

Lapan,
aku semakin pandai mengira.
Aku tahu semua akan pergi.

Tujuh,
aku terus mengira.
Tertanya tanya selepas ini mungkinkah aku.

Enam.
kali ini aku rasa sedih.
Kemana mereka semua pergi,
aku tertanya tanya.

Lima,
genap seminggu.
Aku kehilangan,
tujuh semuanya.

Kosong,
mereka pergi bersama sama.
Tidak tunggu aku,
mungkin tidak sanggup.
Melihat aku sedih,
dan pergi.

Aku kosong,
tak punya siapa siapa.