Maut.

Aku tengah bege blog,
Kalau jumpa ayat yang sama,
maafkan aku.

Actually aku bosan sebenarnya
tu yang usik sayang aku ni.

Sejak dua menjak tiga menjak ni,
aku rasa makan tak lena,
tidur tak basah,
mimpi pun tak kenyang.

Dan aku pun taktau kenapa,
mungkin hati dah tenggelam timbul kot.

Kalau esok aku masih ada,
alhamdullilah.

Kalau aku dah tiada nanti,
aku mohon maafkan aku.
Dan jangan risau,
aku tak pernah simpan dalam hati.

Kalau rasa serba salah sangat,
mohon dekat Allah.
Allah akan terima, aku pun ikut saja.

Dan mohon Al-fatihah untuk aku.
Semoga aku masuk syurga

Walaupun kiri kanan sudah dicatit,
doa saja.

Like always,
ajal maut bukan kita yang tentukan.
Allah yang tentukan.

Mungkin esok, lusa atau tulat.
Mungkin juga kejap lagi.
Mana lah kita tahu kan.

Kalau belum cukup iman di dada,
mohon refill.
Aku tak kata aku cukup,
aku masih hina di sisi Allah.

Cuma aku nak bersama-sama.
Ke syurga.