Memori.

It's a long story about me.
My memory. My history.
Kalau boleh nak je history tu dipadam terus dalam otak.
Macam buang files terus pergi recyle bin. Mudah. Tapi tak semudah tu.

Bila cakap pasal lelaki. Semua salah sangka.
Bila cakap pasal perempuan. Lagi salah sangka. Bersangka-sangka lah.
Tetapi apa gunanya? Masing-masing tak paham. Tak kenal hati.
Tak kenal jiwa. Apa lagi mahu diperkata?

Tidak teringat aku sejak bila kali terakhir bercinta.
Mungkin setahun yang lepas. Mungkin dua tahun.
Mungkin juga sudah bertahun tahun.
Ini pun dah menunjukkan yang aku dah lama tak bercinta.

Bercinta itu apa? Adakah satu perasaan yang dibalas?
Adakah cinta itu datang dengan kebetulan? Apakah itu cinta?

Suara-suara sayup kedengaran. Hati mula meratap jauh bila bercerita tentang cinta. Mungkin ada yang pernah alami putus cinta. Mungkin juga ada yang sedang bercinta. Mungkin juga ada yang tak pernah bercinta.

Aku juga tak pernah bercinta. Eh?

Rebah. Tak mampu untuk berkata-kata lagi. Aku seolah-olah baru bangun dari satu mimpi yang aneh.

Masih kedengaran suara dia di telinga. Adakah aku masih sayangkan dia? Tanya diri sendiri, jangan tanya orang lain. Aku tahu. Buat apa sayang pada orang yang tak sayang kita. Apatah lagi masing-masing dah buat haluan masing-masing.

Dulu sangat cantik ikatan itu, bagaikan bunga cincin belah rotan. Dulu kentut yang busuk pun boleh jadi wangi.

Dalam panas aku mudah kesejukan, dan dalam sejuk tiba-tiba aku kepanasan. Jangan takut, Allah menjagaku. Allah menjaga kita. Allah sentiasa ada menjaga kita semua.

Mungkin kau buang, kau kutip, kau buang, kau kutip. At last, kau mintak maaf. Sorry to say,
susah untuk memaafkan. Lagi susah untuk terima kau balik.

Dulu ya, aku bodoh. Dulu I love you forever ingat macam forever gila. Itu dulu. Sekarang lain.
Aku lain. Aku normal.

Take care.