Takut.

Aku rasa takut.

Buat pertama kali,
aku takut tengok gambar sendiri.
Gambar waktu free hair dulu.

Aku fikir aku dah delete semua.
Di laman sosial.

Rupanya aku lupa,
aku ada kawan.
Kawan bersama.

Aku lihat, aku tenung.
Aku nampak diri aku
yang tak bertudung.
Di antara gambar dalam album.

Perasaan aku bercampur baur.
Resah.
Gelisah.
Gelabah.
Semua ada.

Tapi yang paling ada
aku rasa takut yang amat.

Takut sangat.
Dosa aku bertambah dan semakin bertambah,
bila orang tengok.

Aku tahu banyak dosa aku dah buat.
Munkar nakir kiri kanan catit apa yang aku buat
dulu sekarang masa ni.

Tapi aku cuba perbetulkan.
Allah sengaja bagi aku nampak tadi,
Dia nak suruh aku perbetulkan.

Aku akan cuba.

Tapi aku harap saat ni.
Allah lindungi gambar aku.

Aku mohon.
InsyaAllah.