Otak ada, tapi serupa takda otak.

Kau puasa,
tapi kau maki hamun orang.
Kau bash orang.

Kau puasa,
tapi kau kutuk orang.
Kau buka aib orang.

Kau puasa,
tapi kau gosip sana sini.
Bawa mulut sampai
utara, selatan, timur, barat.

Kau puasa,
tapi aurat terdedah.
Kau berdosa,
yang tengok lagi kurang pahala.

Kau puasa,
tapi kau tak solat terawih takpe lagi.
Ni yang wajib pun kau tinggal.
Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak.
Mana pergi agama kau?

Kau puasa,
tapi kau tak niat.
Hmph.

Kau puasa,
tapi kau tengok porno.
Kata setan kena ikat,
yang setan tu kau.

Kau puasa,
tapi kau ambil makanan orang lain.
Yang bukan hak kau,
tu haram tahu?

Kau puasa,
tapi kau tak pakai otak.
Serupa ada otak tapi takde otak.

Astagfirullahalazim.

Puasa mengajar kita erti sabar.
Setan dah kena ikat, jangan kita jadi setan.

Benda ni semua terjadi depan mata aku sendiri.
Ini betul betul terjadi.
Tengok pun rasa sakit hati.

Tapi sabar.

Sabar itu separuh daripada iman.

Kau sabar, kau tenang.
Kau tak sabar, kau meracau.