Bila mana kau rasa jantung kau nak terhenti.

Menghadap dia,
Aku terdiam.

Aku ada, tapi dia tak pernah rasa aku ada.
Selalu memerhati dari sudut yang jauh.
Gelagat dia, gelak tawa, perangai.
Serupa budak, tapi sudah sunat.

Pandang dia,
Jantung terhenti,
Bagai menusuk nusuk.

Perlukan cpr.
Untuk hidup, cpr dari dia.

*nakal*

Berdiam diri.
Diam. Diam. Diam.

Kata orang,
Jodoh tak kemana.

Tapi aku rasa cliche sungguh.
Geli ketiak aku dengar.

Jodoh boleh dicari,
Takpun nanti jodoh datang sendiri.

Selamat berpuasa, bakal imam.
Ikhlas dari Bakal makmum.