Hidu.

Aku hidu.
Tutup mata.

Wangi.
Macam bau orang curah minyak wangi satu badan.
Tahu?

Aku hidu lagi.

Busuk.
Macam bau orang tak mandi seminggu.

Aku hidu lagi sekali.
Aku cuba dari jarak dekat.

Busuk sekali.
Macam sebusuk hati, sehitam jiwa.
Ada yang tak kena.

Aku cuba hidu lagi sekali.
Kali ini dari jarak jauh.

Wangi sangat.
Sangat sangat.
Indah budi pekerti.
Seindah mulianya hati.

Aku berhenti hidu.
Kali ini aku buka mata.
Aku lihat jarak jauh.

Oh, dia rupanya.
Tapi persoalannya,
dia itu siapa?

Jeng. Jeng. Jeng.