Kami buddyz. Takkan terpisah.
















Takkan terpisah.

Empat sekawan, gila gila.
Rambut tak sama tapi satu kepala.
Tak sedarah tapi bersaudara.
Sumpah untuk bersama-sama.

Takkan terpisah.

Biar tsunami melanda.
Pusing dunia.
Berjanji setia.
Susah senang kami menang.

Takkan terpisah.

Ibarat KL dengan traffic jam.
Burung biru dengan muka buku.
Tetap rapat.
Kami hebat,
macam hipster.
Dengan jeans ketat.
Takkan koyak, takkan goyah.

Takkan terpisah.

Kami buddyz bersama selamanya.
Kami riuh.
Kami gempak.
Ngam ngam macam segiempat tepat.
Suara berbeza.
Pilihan sama.
Fahami jiwa.
Tanpa suara.
Kami sembang, gaduh, sms, kutuk, lepak.
Sebab kami muda sekali je.
Bersama mencipta.
Menggegar dunia.
Kami bebas merantau.
Merata rata merayau rayau.
Mencari jati diri bersama selamanya.

Kami buddyz,
kami takkan terpisah.