Kertas istimewa.

Aku dah habis final,
dah setel sem lima.

Lepas ni praktikal.
Tak jumpa dah depa depa.
Tunggu tahun depan ja.

Tak sangka before balik,
diorang ada siapkan something untuk aku.

Sekeping kertas yang penuh bermakna.

"Aina,
Bila kau merasa sedih.
Ingatlah bahawa kau tak sendiri
Tanpamu tak akan sama, tanpamu semua berbeza
Kisahmu juga kisah kita, selalu bersama.

Kenangan kita
Setiap apa yang kita lakukan bersama
Setiap kenangan yang tercinta
Apa yang kita kejar
Biarkan ia menggambang, menggantung.

5 cm didepan kening kamu
Jadi dia takkan pernah
Lepas dari mata kamu." - Shema

"Aina,
Eventhough kita jarang lepak sesama,
tapi still aku rasa kehilangan dan kerinduan

Jangan pernah lupa memori kita
Goodluck in everything. Stay cool brahh!" - Pinas

"Aina,
Perlahankan langkah jika rasa kejauhan,
Simpan semua kenangan
Jangan terdetik untuk melupakan

Bila berjaya bawa kami bersama

Biar dipadam semua luka,
Maafkan kami apa kesalahan jua. Tq" - Miza

"Aina,
Sayang aina sesangat. Jangan lupa kat kita ye.
Jangan pernah buang semua memori kita sama sama.

Kenangan kita ngan korang semua kita akan ingat
sampai bila-bila.

Maaflah kalau kita ada buat salah kat aina sepanjang kita berkawan.
Love u so much. Aina comel." - Lyana

Bagi aku korang geng, kawan, teman seperjuangan.
Masing masing ada perangai yang berbeza.
Ada yang orang boleh terima, ada yang tak boleh.

Aku pun taktau nak cakap apa.
Sebak semua ada.
Kalau rindu tu datang, gambar koranglah aku cari dulu.

Sorry kalau aku ada buat salah dengan korang.
Sorry kalau korang tak senang dengan aku.
Dengan cerita aku,
Dengan celoteh aku,
Dengan kalau karaoke, aku nyanyi lagu aku je.
Dengan kalau nak cerita pasai Budin atau sesapa je,
aku cari korang dulu.

Terima kasih jadi pendengar sepanjang kita bersama.
Terima kasih kerana jadi orang orang istimewa buat aku.

Terima kasih banyak sangat.
Sangat sangat.

Sayang korang,
sampai bila bila.