Long long way to go.

Its been a while since I never have time to wrote, because too busy in life.
Real life.

I have a lot things to say tapi selalunya aku senyap je.
Banyak benda aku kena pikir.
Banyak benda aku dah buat.

Dengan kawannya lagi.
Aku bukan kata aku takde kawan, just aku tak jumpa lagi orang yang sekepala dengan aku.
Not yet. Aku nak kawan yang aku tak perlu nak (macam mana aku nak cakap eh). Aku nak kawan yang boleh mati katak dengan aku.

Dengan boyfriendnya lagi.
Sekarang officialnya aku dah single.
Aku malas nak take it serious matter about love.
Capek sih.
Asal aku serius je, mesti ada benda tak kena.
Mesti punya.

Sekarang ni aku tengah study week.
Cuti seminggu, dah lepas empat hari dah ni.
Baru masuk satu chapter.
I cant take it anymore.
Tolong aku, aku nak dekan.

Bagilah can aku nak bagi suprise kat umi babah, walaupun aku jauh.
Aku tahu aku bukannya anak yang baik.
Aku call pun kadang kadang.
Tapi aku nak umi babah tahu, aku kat sini belajar.
Kalau aku call diorang, aku sedih.
Sebab tu aku tak call.
Aku takut beremosi.
Aku taknak umi dengar aku nangis.
Kalau aku tak cukup duit, aku segan nak cakap.
Tapi dengan siapa lagi aku nak mintak tolong.
Aku janji, bila aku dah kerja nanti, aku suruh umi babah rehat.
Bagi aku pula yang bagi duit kat diorang.

Bila aku cakap aku tak balik minggu study week, diorang tanya kenapa tak balik?
Aku cakap aku takut banjir, nanti bas delay. Tapi sebenarnya aku taknak mintak diorang duit lagi beli tiket. Walaupun aku rindu gila nak mati kat diorang.
I really missed them.

Sikit je lagi. Nanti Aina balik.
Kalau tak balik, doa yang baik-baik.